Koperasi Keluarga Rahmah Kampar Bhd...d/a Shamsumiah B.Ismail Ali...Lot 137, Kg.Tersusun, 31700 Malim Nawar, Perak

Sunday, 4 December 2011

Pelan Tindakan

Koperasi Sahom Farm Berhad

Pelan Tindakan Segera (3 tahun pertama)

1. Mendaftarkan Koperasi – sasaran mesyuarat agung pada bulan Jan/Feb 2012.
2. Menambah bakal ahli2 baru dgn cara 1 keluarga 5 ahli. Sasaran keahlian 100 org.
3. Membeli lori 3 tan pada bulan Januari 2012 melalui pinjaman bank.
4. Memperolehi sumber makanan daun jagung dari ladang sekitar.
5. Menanam rumput napia secara meluas (permulaan 3 ekar).
6. Memasang bekalan letrik di kandang.
7. Mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh JH dan membuat lawatan belajar.
8. Mewujudkan networking dengan pengusaha-pengusaha feedlot
9. Membeli 80 ekor lembu feedlot sekitar ogos 2012 iaitu 3 bulan sebelum raya korban.
10. Menggiatkan usaha pemasaran bermula bulan ogos melalui webpage, fliers, banner, kunjungan masjid dan surau. Melantik agen pemasaran bagi merancakkan jualan.
11. Memohon sebarang bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan seperti grant, bantuan lembu dan subsidi peralatan.
12. Memohon pinjaman bank bagi tujuan pembesaran perniagaan.

Pelan Tindakan Jangka Panjang

1. Mewujudkan rangkaian pasaran baru
2. Menggunakan teknologi “state of the art”
3. Memohon tapak ternakan yang lebih besar daripada Kerajaan Negeri
4. Mencari sumber dana baru untuk tujuan pembesaran perniagaan

 
Sasaran Perniagaan

Fasa 1:   1 tahun (2011)
Penyediaan infrastruktur asas dengan 60 ekor lembu ternakan secara breeding. Tiada jualan dibuat.
Fasa 2:    4 tahun (2012 – 2015)
Pembesaran perniagaan secara ternakan feed lot. Sasaran jualan adalah 100 ekor pada tahun 2012, 150 ekor pada 2013, 300 ekor pada 2014 dan 500 ekor pada 2015.  
Fasa 3:    5 tahun (2016 – 2020)
Penternakan secara komprehensif iaitu menternak, memproses, membekal dan mengedar daging mentah. Sasaran jualan adalah 700 ekor pada 2016, 1000 ekor pada 2017, 1300 ekor pada 2018, 1600 ekor pada 2019, 2000 ekor pada 2020. 
Fasa 4:    10 tahun (2020 - 2030)
Pelbagaian aktivit bukan berasaskan ternakan seperti pembinaan, hartanah, ICT dll
Fasa 5:    2030 keatas
Penyenaraian ke BSKL

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More